Assalamualaikum and hye guys...
Allahurabbi, pejam celik pejam celik, beberapa jam lagi sudah nak masuk bulan tahun baru Islam, iaitu Awal Muharram. Berakhirnya tahun 1434H pada hari ini mengundang rasa sebak dijiwa kerana sedar telah banyak menghabiskan sisa-sisa hidup yang tidak bermanfaat. Buka tahun baru 1435H, bermulanya niat, matlamat, dan ucapan yang baru untuk teruskan kehidupan ini. Alhamdulillah, lamanya aqu hidup di dunia ini dengan serba serbi kurniaan dan dugaan Allah S.W.T. Terdetik dihati, selama hidup ini, apa yang aqu buat untuk Allah, ibu bapaku, adik-adikku, mahaguru-mahaguruku, sahabat-sahabatku, sedara sesama islam dan hamba-hamba Allah. Seolah berbicara tentang alpanya kita di dunia ini kan. Manusia mana yang tidak pernah silap. Dan kesilapan ini mengajar erti kebenaran dan petunjuk sebenar iaitu Allah S.W.T. Kita sering menyalahkan orang lain sedangkan kita tidak pernah melihat kesalahan diri kita. Astaghfirullah, mohon petunjuk dariMu agar kita semua sedar sebelum terpisah jasad dan roh yang kian makin hampir ini.
Aqu teringat dengan kata-kata seseorang, orang itu mengajak aqu bersama-sama berniat memulakan kehidupan baru pada Awal Muharam 1434H. Sungguh teringat! Terima kasih yer kerana mengingati saya dahulu. Okei, don't want tacing tacing...hehehee
Dulu ustazah selalu cerita, Awal Muharam sebenarnya berasal dari pada perkataan "diharamkan" atau "dipantang" iaitu Allah melarang sesiapa berperang dan melakukan pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan
setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat
Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi
dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang
gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan ‘Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit.
salinpaste#http://zanas.wordpress.com
Jom mulakan tahun baru kita dengan azam yang baru. Niat betul-betul dan tetapkan diri kerana Allah S.W.T.
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
- Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam
bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis:
Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari
Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana
beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram): |
|
- Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang
disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka
sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil
sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir
miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun
itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah
Taala.”
- Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan
mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura
empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua
selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
- Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura
kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu
kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.