Instagram

Friday, 8 November 2013

Bro, cinta siapa paling AGUNG?


Assalamualaikum and hye guys...

Sebagai seorang perempuan yang inginkan kasih sayang seorang lelaki memang kebanyakannya mengalami penderitaan, kesedihan dan kekecewaan. Yeah, right! Memang tak pernah larilah kalau dari segi air mata dan sakit hatinya. Bila bercinta tanpa ikatan yang sah tidak sah lau timbul kebahagiaan pada mulanya, kemudian gaduh-gaduh, lepas tu clash. Benda ni dah jadi macam adat istiadat dan budaya couple dah. bagi yang couple dah lama, then akhirnya sampai ke jinjang pelamin, alhamdulillah lah sebab itu memang jodoh korang kan. So, tahniah lah bagi yang dah jupe jodoh tu. Aqu ??? hahahhahaha.. Forget tentang aqu sebab aqu bukan nak cerita pasal percintaan aqu. Abaikan! zakkkkksssss...

90 peratus lelaki di dunia yang memulakan sesuatu hubungan dengan orang yang dia suka, sayang dan cinta. Setengah orang cakap, antara suka, sayang dan cinta adalah perkara yang berbeza. Suka adalah suatu yang seseorang mula minat dengan seseorang itu seperti kecantikannya, kemerduan suaranya, layanannya dan sebagainya. Sayang pula menyayangi seseorang dengan bermulanya sesuatu minat pada diri seseorang itu. Cinta bermaksud menyanyangi dan mencintai seseorang dengan sanggup melakukan pengorbanan demi yang tersayang. Tapi ramai yang berpendapatan sebegini. But I don't think so! Aqu punya pandangan lain sikit daripada ini. tapi aqu boleh terima pandangan ini kerana ada kemungkinan betul sebab manusia nie mempunyai jiwa yang kompleks dan tak semua yang begini.

Bagi aqu SUKA dan SAYANG adalah termasuk dalam CINTA. Bila seseorang mula sukakan sesuatu keunikan dalam diri seseorang itu, orang itu akan mula rasa bunga-bunga dalam jiwanya. Hatinya riang ria seakan kanak-kanak mendapat gula-gula yang dia suka. Bila dah mula rapat dan pandangan mata seakan ingin menatap wajahnya yang seronok mata memandang. Bukan nak kata cantik atau comel. Tapi kekadang seseorang itu tidak memandang pun wajah yang cantik, mereka memandang pada wajah yang seronok dipandang olehnya. Tak kiralah seseorang itu berkulit gelap, tapi orang tu suka melihat seseorang tu kerana tingkah lakunya yang mulia pun boleh jadi timbulnya suka itu. Pabila hati rasa tidak tahan, kian terbayang wajah seseorang itu di minda. Hati gundah gulana, selera makan berubah, rasa serba tidak kena pada diri, pemikiran selalu pending dan melayang ke tempat lain dan lain-lain lagi. Bibir mula mengucapkan 'I LOVE U' dan bila masing-masing terbalas timbul perasaan CINTA bagi kesua-dua insan. So sweet but for certain people je lah... hahaha

Walau apa pun, cinta Allah lagi indah untuk kita. Setiap saat, minit, dan jam Dia sentiasa melihat dan menjaga kita. Setiap 5 kali sehari kita berjumpa denganNya. Dia tidak pernah mengeluh dan tidak pernah menyampah bertemu dengan kita. Bila kita sedih, Dia ada untuk kita. Bila kita gembira Dia pun selalu ada untuk kita. Walhal, kita tidur, Dia melihat dan menjaga kita. Dia tidak pernah tidur pun. Kalau kita berdosa, Dia ampunkan dosa kita dengan taubat kita. Tapi, bila dengan pakwe/ makwe kita, kalau buat silap sikit, terus marah dan minta clash. Lepas tu tak tunjuk muka terus cari yang lain sebagai pengganti untuk hilang kesunyian. Bila kita rindu seseorang itu, kita try mesej, dia dah tak balas dah mesej kita sebab dia dah mula lupakan kita. Sebab itu, Cinta Allah lebih hebat. Dia ada untuk kita walau kita banyak melakukan dosa. Malah Dia membimbing kita menuju ke jalan yang benar. Sedangkan pakwe/ makwe yang kita sayang pun jarang sama sekali membawa kita ke arah kebenaran. 

Sebab itulah, jangan samakan Cinta Allah dengan cinta manusia. Cinta Allah tiada batasan. Cinta manusia banyak konflik dan penderitaan kerana tidak menetapkan diri kerana Allah. Terlalu berharap kepada cinta manusia yang tidak menetapkan diri kerana Allah seakan-akan menunggu Malaysia dituruni salji.  Senyumlah =) 


Sekian...Terima kasih kerana sudi baca =)


 




©Hak Milik Tercipta Rasafiura Chesskiller