Instagram

Tuesday, 23 December 2014

Project- Video arab


Assalamualaikum & hye guys..

Marhaban ya sodiqati!! Tetibe pulak rasa rajin nak update blog petang ni. 
Aku nak share satu video yang telah direka khas oleh group aku. Cheee waaahh! Direka khas. haha. Tapi nak upload tak boleh pulak. Tak tahulah kenapa, maybe broadband ni slow sangat kot. Ke aku yang tak reti nak buat? hehee.. Cu bagi tips sikit kepada sesiapa yang tahu nak upload dalam blog ni camne.  Sebenarnya video ni untuk subject third languange aku. Aku ambil bahasa Arab. Sebelum memilih third languange Arab, berniat nak ambil subject Korea. Tapi, bila tnya senior, dorang cakap susah nak dapat A. Erkk, sebenarnya aku tak pernah dapat A subject third languange. Paling tinggi pun dapat B+. Haha.. Sem ni last aku ambil subject ni. Tak tahulah dapat A ke idok nye. Harap ada rezeki lah nak dapat A. Tak dapat A pn takpe kite redha je. hehe.. asalkan lulus pn dah kira okay. 

She's Lina as a foreigner from Itali. Hehe
Tak banyak cakap sangat tapi banyak gelak. Kalau berlakon asyik tak menjadi sebab duk gelak-gelak. Patu asyik lupa skrip. hehe.. Btw, itulah kemanisan semasa berlakon. Boleh gelak tawa. haha

Para pelakon yang poyo sangat as triple foreigner from Itali & Turki. Sekali sekala perasan jadi orang Arab kan. Padahal hidung kami xmancung, kulit tak putih melepak . hehehe

Sempat lagi selfie pakai monopod. Padahal banyak scene lagi nak kena buat. Haha


Walau apa pun, keje kami dah siap. Video nak kena edit pn dah siap. Bak kata semua siaplah. Dah hantar da pn kat ustaz. hehe . Mintak-mintak ustaz bagi markah lebih. Penat kami buat ni. Hehe

Okay, bye! Publishxx..


Monday, 22 December 2014

Iklan - Vcare Beauty Solution


Assalamualaikum and hye guys,

Rindu koranggggg!!!
Sudah lebih tiga bulan tak silap kan tak update blog. Haaa.. hari ni blog ni dah berwajah baru. Ada masa ni boleh lah update sedikit sebanyak blog yang telah usang ni.. hehehe

Maaflah kalau tak senang denga  wajah baru blog ni tapi aku suka and i'm love it.
So, suka atau tak aku punya suka lah kan.. hehehe

Okay kali ni aku nak kongsi dengan korang tentang satu produk yang telah aku pakai. Dan sambil tu juga boleh lah promote produk ni kat korang kan. Korang pernah dengan produk VCARE BEAUTY SOLUTION tak ? Mesti ada yang pernah dan ada juga yang tak kan. Produk ni boleh dikatakan baru jugalah tapi takdelah nak kata baru sangat cuma orang tak tahu sangat tentang produk ni. Tapi, jangan negatifkan fikiran anda sekarang sebab produk ini ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malayasia (KKM) dan diiktirafkan kilang GMP. So, korang jangan fikir bukan-bukan yer. hehehe








Okay, ni haaa produknya, Kotak kaler brown dipanggil SET NORMAL. Di dalamnya mengandungi Cleanser, Day Cream (Sunblock) & Night Cream. Kotak kaler green pula dipanggil Set Khas Jerawat. Contains Cleanser, Day CReam (Sunblock) & Krim Kunyit. Kedua-dua set tersebut mempunyai fungsi yang sama cuma bezanya set khas jerawat khas untuk orang yang mempunyai jerawat yang teruk. 

Bukti produk ini berkesan. Jom scrol ke bawah tengok testimoni. ")


Look at this, lelaki pun pakai taw. Memang terbukti berkesan. Kalau lelaki dah suka produk ni. Wanita apatah lagi kan. So, imagine in your mind like your face so flawless!!! hehehehe


Kulit wanita ni dah tak berminyak. Malah beliau makin menyukai produk ni. Credit to Vcare Beauty Solution. Jom jadi cantik untuk jaga hak Allah :)


So, korang semua dah nampakkan tentang produk ni. So, mereka semua dah makin cantik, menawan dan mempunyai kulit yang sangat mulus. Produk ni juga ada mengeluarkan produk seperti foundation dan supplement. Nanti aku update kan next entry. So, sape yang berminat boleh hubingi 

Hotline :  010 5754337     
Whatsap       +6010 5754337. 


Dan kalau nak tengok lebih banyak tentang produk ni boleh serbu instagram 
@rasafiura28

Tak rugi mencuba kerana kita menjaga hak milik Allah!!!

Saturday, 25 October 2014

Wanita

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini


Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Yang hanya perlu kau fahami

Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini
Aku wanita

Thursday, 9 October 2014

Oh hati


Kadang hati nak berteriak
Menahan kesakitan yang mendalam
Durjana si jahil membuat hatiku begini
Menghiris sedikit demi sedikit
Sehingga darah mengalir tanpa henti

Berpaut pada pokok menahan kesakitan
Lelah terasa penat diselubungi
Hati mana nak sembuh bila dikecewakan
Makin teringat makin menyakiti
Makin jauh makin lemah
Gundah gulana oh hati

Bila senja menunggu tiba
Masih lagi menahan kesakitan yang ada
Sedikit demi sedikit parut luka bercantum
Namun parut lama tidak boleh hilang
Walaupun diberi ubat yang baru
Namun ia tetap menjadi parut
yang takkan hilang sampai bila-bila

Oh hati berduka lara
Bangkitlah engkau setelah kau tewas dengan jiwa yang lemah
Namun aku tahu kau bisa bangun
Walau tiada yang dipapah
Walau tiada yang di sisi
Hidup mesti diteruskan walau sakit Allah saja yang tahu

Sakit ini Allah saja yang tahu
Allah saja yang tahu
Allah saja yang tahu
Allah saja yang tahu

Ya Allah! :'(

Monday, 6 October 2014

Gosip Hari raya


Assalamualaikum & hye guys,

Salam aidil adha buat kaum muslimin dan muslimat! Haaa.. hari ni alang-alang berkonsep dan bertemakan hari raya korban, aku nak bergosip dengan korang kejap. Aku nak tanya korang, ada lagi ke lelaki yang pada mulanya menyintai seseorang perempuan lepas tu perasaan tu terus hilang dengan sekelip mata je. Then, tetibe perasaan itu datang muncul balik dan cari perempuan tersebut semula? "Actually, dah takde kot. Paling common pn kena paksa kahwin sebab dah terlanjur. 

Malam ni bukan nak cerita sal keburukan lelaki. Tapi overall of the couple. Okay, lets say sepasang kapel ni terlanjur dan termengandung pulak. Dah kompem mak bapak cari sape laki yang wajib bertanggungjawab tu kan. Tapi, kalau sepasang kapel yang terlanjur but perempuan tu tak mengandung, apakah masih ada dara seseorang perempuan itu? Pastu, adakah lelaki itu nak ertanggungjawab walaupun tak mengandung? Bagaimana pula kalau perempuan tersebut kahwin dengan orang lain, lepas tu sis uami tanya tentang kisah silam perempuan tu? Macam mana perempuan itu nak menjawab? sedangkan perempuan itu sudah bertaubat dan dah tak nak buat perkara terkutuk itu. Tetapi, kalau perempuan tersebut tak ceritakan perkara tersebut dan terus menyembunyikannya, buakankah is satu dosa menyembunyikannya dari suami? Then, bagaimana nasib mereka yer? Bagi yang ellaki mungkin mereka selamat sedikit di dunia sebab kalau si isteri bertanya kisah silamnya, tak wajib pn nak jawabkan. Lelaki boleh sembunyikan sampai akhir hayatnya. But, lelaki ni maybe tak selamat di akhirat. So, solutionnya.. LU PIKIR LAH SENDIRI!

Aku pernah bertanya satu soalan kepada abahku, antara lelaki dan perempuan mana yang lebih susah dari segi tanggungjawabnya dan dari segi kehidupannya?
Abahku menjawab " dari segi tanggungjawab lelaki lagi susah kerana setiap dosa anak isteri kakak adik , lelaki yang akan tanggung. Tetapi dari segi kehidupan, perempuan juga susah sebab banyak yg kena jaga lebih-lebih lagi harga diri dan kandungan. Allah itu Maha Adil!
Lagi sekali aku bertanya kepada abah " antara lelaki dan perempuan siapa yang paling kuat?
Abahku menjawab " perempuan yang paling kuat".
Aku kehairanan, sebab aku fikir perempuan ini makhluk yang lemah.
Abahku cakap perempuan ni kuat kerana dia boleh menampung makhluk allah selama 9 bulan dalam perut. Berat macam mana pun, dia sabar dengan menjaga bayi dalam kandungnnya dengan baik.
Wah, sungguh hebat kuasa Allah!

Dalam dua hari lepas aku ada terserempak dengan beebrapa orang lelaki from kelantan naik bas sama dengan aku. Aku fikir mereka semua lelaki miang dan aku memamng tak layan bila dorang bertanya macam-macam tentang aku. But aku baru sedar, mereka semua adalah friendly. Dorang sanggup tolong aku bertanya tentang perhentian bas yang aku nak turun nanti. Persoalan yang meragui minda aku, mereka ikhlas ke tak? HAHAaaa... *think positive SAFURA*

Satu perkara yang aku paling tak suka bila reramai orang tua bertanya pada aku "BILA NAK KAHWIN". Aku rasa mereka tahu yang aku masih belajar kan. Hurmm!!! (=,=)" *Serius tak suka. Benda ni buat aku stress. Dah tu kawan-kawan aku plak ramai yang kahwin awal. Lagi aku stress tengok dorang semua sweet-sweet dengan suami masing -masing. Hahaaa..*sekadar luahan tak puas hati* Apa pun menunggu orang masuk minang pada masa yang sesuai. sape THE RIGHT PERSON yang ALLAH ATURKAN ni? *kompiusss!!!

Paling tak suka orang berjanji dengan aku tapi tak tunaikan. 
Contoh 1 : Janji nak kahwin, setia sehidup semati, sayang & cinta. Tetiba tak jadi *yang ni emmang nak mintak penumbuk. Hahaaa..(apa-apa pn takde kena mngena antara hidup & matiku)
Contoh 2 : Bila orang memang janji nak ajak aku pergi jumpa seseorang (ustaz), pastu tak jadi plak. *Ingat kau sorang nak berubat* Haha (Yang ni macam gangster sangat kan.. heee)
Contoh 3 : Buat-buat busy bila nak jumpa, tapi padahal nak jaga prestasi. Huaaa.. paling aku tak suka. Aku pun nak jaga prestasi aku jugak hey! *Angry Bird!!! 
Contoh 4 : Orang mencelaka aku. Yang ni memang nak kena silat aku. Silap-silap atas bumbunglah korang semua.

(Apa-apa pun kalau perkara tersebut terjadi pada aku, aku tak berani pn nak buat. Haha)

Ni nak kongsi gambar raya ni. Scroll lah ke bawah yer sayang-sayang semua. Have nice night!







Thursday, 3 July 2014

Final exam semester. Woahhh!

Assalamualaikum and hye guys,

Hari ni 4 Julai 2014, bersamaan 5 Ramadhan, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Puasa al-Mubarak . Maaf kerana terlamabt wish kerana sedang menempuhi final exam semester. Dua paper dah lepas, tinggal lagi 3 paper. Makin hari makin gerun disebabkan dilema sayup kedengaran paper ni sangat susah dari senior-senior. Tapi, aku masih kuat kerna ramai disekelilingku yang sedang menyokongku. " Tapi belum start study lagi. mana tak takut"heeee :)

First fasting, terasa nak balik rumah. Sebak, sedih, semua bercampur baur. Teringat kat rumah. Mama, abah, adik-adik, n kucing tengah makan apa? Buat apa ? Best tak menu berbuka? Semua itu dalam pemikiranku. Rindu serindu rindunya !!! Tak sabar nak balik lepas habis paper ni. Tiga paper ni buatku rasa sangat penat sebab paper killer. Nak tak nak kena tempuh jua. Agi idup agi ngelaban. Balik ni aku nak tidur sepuas puasnya. Eh, taklah! Gurau je.

Ok tu ja kot. Just nak panaskan engine je ni sebab dah lama tak update blog. InsyaAllah, lepas ni banyak lah entry rasafiura ni kan. Huhu.. Now, berjuang untuk final! Yeahhh!!!






All the best guyss.
We are the supergirlss 
***************

#USAHA,DOA, TAWAKAL


Friday, 2 May 2014

New Life

Assalamualaikum and hye guys

Perghhh!!! dah nak dekat 3 bulan aku tak sentuh blog ni. Maaf lah banyak sangat kerja, assignment, test and kuiz sejak kebelakangan ni. But, alhamdulillah everything have done! hehe

Ape cer sekarang kan? Aku biasa-biasa aja. Cuma banyak buat benda lain. Sekarang ni ditambah dengan dua amanah selain study. Oh, lupa pulak nak cakap yang aku dah transit ke UiTM Kampus Seremban dan aku bukan lagi warganegara Kampus Shah Alam. Sobbbbsss!!! Tapi kadang-kadang rasa bersyukur jugak dapat transfer ke sini sebab duk kampus seremban takdelah rasa serabut bagai macam kat shah alam. Kat Shah alam banyak kenderaan, selalu je busy, jem.

So, im here with new life, got many friends, new pets (anjing) eh! haha.. Takdelah gurau je. Aku di sini duk rumah sewa. Kawasan yang aku tinggal ni banyak anjing. so, that's why aku cakap camni. Ummm, nak jadikan cerita.. time balik kelas aku pernah juga terserempak dengan anjing jiran sebelah. Aku dah takut bagai dah ni. Cuak kot anjing tu ikut aku balik rumah. Dahlah aku pakai baju warna merah terang. Tertarik lettu! haha. Tapi, alhamdulillah.. Selamat aku daripada disentuh anjing tersebut. Kalau tak terpaksa kena samak. 



and me, penuh dengan action di sini...




#HOUSEMATE#CLASSMATES#PEERSCLUB#SEKI#MPP#UiTM Kampus Seremban! 
Now with me :)

Thursday, 13 February 2014

Can't sleep because i'm waiting my result


Assalamualaikum and hye guys

Hati ini berdebar tengah tunggu result semester lepas. This is my first result in degree. So, what happen to me after i know my result? Ummm, im nerveous badly!


My heart not really normal and my eyes difficult to close. What so funny of me la? haha. I want to sleep. Please eyes, shall we sleep now? "Dah tak betoi ka ape cheq ni. haha

By the way, goodluck to all my friends. Before check the result, says "BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM". 

Okay, papai. Luv u muaaahhh !!



Monday, 27 January 2014

Apa yang lapar sangat nak jadi femes




Assalamualaikum and hye guys. Holla, I’m back with my finger dance in this entry. So long time no see my blog and I miss it so much. I miss u too guys. Maklumlah, busy sikit sejak kebelakangan ni. Lepas final exam 19 Feb hari tu, aqu pergi ke Putrajaya menetap di sana beberapa hari. Sangat cantik tempat-tempat di sana, yelahkan bandar terancangkan. Kenal rumah Perdana Menteri Malaysia, Departments of government. Pendek kata di sana banyak jabatan lah dan aqu nampak semua itu secara depan-depan. Selalunya lihat dalam TV je.

But for this entry, bukan nak cakap pasal pengembaraan aqu di Putrajaya. Fokus pada topic entry di atas. Zaman sekarang ni, tersangat mudah nak jadi femes, popular dan tip top. Wujudkan satu hot kontroversi, terus masuk paper dan jadi bahan bualaan dalam laman sosial. Retis tak retis semua sama! Contoh yang berlaku pada selebriti sekarang. Sebelum berpijak dalam dunia selebriti, mane ade orang kenal mereka. I mean bagi sesetengah artis lah. Bila kontroversi melanda diri, semua orang dah kenal, so line clear lah nak jadi artis. 

Selfie macam ni pun boleh jadi artis. Ko ade?? Hahaha :p

Satu lagi jadi artis via you tube. Yang ni aqu boleh terima sebab mereka punya usahakan. Tapi, biarlah berjenis dan tidak over. Like Bobo, Sasha dan seangkatan deangannya, so funny but aqu tak fikir ia berfaedah sangat. Mungkin niat mereka nak hiburkan semua orang dengan buat kelakar dan mengada-ngada. Tapi tak semua orang boleh terima. Bagi aqu, first reaction aqu melihat mereka dalam you tube, rasa menyampah, nak tumbuk sekor-sekor dan dan cincang 40 kali buat rebus sup. Haha.. Sangat kejamkan aqu. Tapi, aqu dah boleh terima mereka sejak aqu menjadi seorang penggemar you tube. Mereka takde lah teruk sangat. Bukannya buat video 18xx pun. Lebih okay lah dari video lucah tu. But the most like you tube, aqu suka tutorial tudung/shawl, Mat Luthfi, Parodi-parodi lagu English/Malay/Korea/Hindustan/Sepanyol, Ustazah Sharifah Kasif Fadzilah dan sebagainya. Kalau nak taip semua memang tak cukup satu entry ni lah. 

Ade jugak dapat jadi artis melalui kawan dan kapel dengan retis. Contoh Shafie Naswip. Dia jadi artis pun sebab first tu dia teman kawan dia shooting lau tak silap aqu. Then, tetibe terjebak sekali dalam dunia artis. Alhamdulillah untuk dia sebab rezeki dia kan. Dia sememangnya layak sebab dia sangat berbakat. Dia juga pernah menang anugerah. Anugerah ape tu aqu dah tak ingat. Tersangat hebat! See, macam-macam aqu tahu pasal dunia artis. Kalau ditanya Sirah Nabi, ammpukah aqu jawab semua persoalan tentang tersebut. Haha.. Susahkan nak jadi hamba yang betul-betul solehah ni. But im try!

Someone nak jadi femes ni kebanyakan kurang kasih sayang daripada keluarga dan inginkan perhatian daripada orang ramai. Setujukah anda? Melalui pemerhatian yang aqu buat selama aqu hidup di muka bumi ni, 70% adalah sebegitu. Nak diceritakan, keliling aqu ramai kawan femes dan hot-hot. Tapi aqu tak hot pun. Ceh, humble! Haha… Dan pabila rapat dengan mereka, aqu dengar isi hati mereka bila mereka ada masalah, aqu membuat pemerhatian ke atas diri mereka, mereka memang sebegitu. Tapi tak semualah orang yang hot ni kurang kasih sayang. Certain orang je. Kadang mereka hot dan popular, tapi hati mereka tidak tenang. Tak usahlah kejar popularity, kalau membuatkan poket kiri kita banyak. I mean bertambah dosa. Nak jadi retis jadilah macam Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Wardina dan sebagainya yang banyak menyampaikan dakwah walaupun mereka seorang selebriti. Memang fitrah manusia yang suka dipuji, dipuja dan inginkan perhatian. Aqu pun nak jugak dan memang tak tipulah. Haha.. Tapi, semua itu biarlah dibina dengan jalan yang betul.

 

#note to me also :)
©Hak Milik Tercipta Rasafiura Chesskiller