Instagram

Friday, 22 November 2013

Aku, dia dan mereka In Convocation Day



Assalamualaikum and hye guys...

Alhamdulillah, selama 3 tahun aqu berjuang menghabiskan Diploma as a Mathematic's Student in UiTM Cawangan Kelantan. Finally, im officially graduate! Yeahhh..Lama tu, 3 tahun. 12 November 2013 is my Convocation Day berlangsung di Dewang Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam. Perasaan gembira tak terungkap di bibir setelah sekian lama aqu berjuang. Walaupun ia hanya Diploma, bukan senang beb. 

Kalau teringat kisah dulu kala, aqu dapat tawaran Matrik, SPA8, JPA n UiTM. Semua tawaran tersebut aqu tolak kecuali UiTM. Aqu tak tahu kenapa, perasaan dan naluri aqu kuat mengatakan rezeki aqu pada UiTM. So, dengan sewenang-wenangnya aqu menerima tawaran UiTM. Pernah jugak sekali bergaduh dengan abah sebab aqu tak nak pergi interview SPA8 n JPA. So, what! haha.. Aqu memang degil. Tapi, alhamdulillah.. abah menerima keputusan aqu dan abah aqu faham keinginan aqu. 

Terima kasih kepada mama, abah, adik bongsu, atuk, sepupu yang datang dari Kelantan, Subang dan Kuala Lumpur dan juga kawan-kawan yang datang konvokesyen dan wish congrates to me. Really appreciate! Tak sangka seramai itu datang melihat hari kejayaan kecil aqu. Thanx jugak for the jambak bunga dan coklat yang sangat lazat. 
Sorry buatkan anda sakit mata. Aqu sengaja pakai merah sebab pertama ia adalah antara warna kesukaan aqu. Kedua sebab nak bagi mama & abah cari aqu sampai jumpa kalau aqu tak nampak mereka. haha.. Almaklumlah kecik miut an. (very the perasan person :p)

Rakan seperjuangan dan sekelas time Diploma dulu. Alhamdulillah, kami sudah grad !!!
Mereka semua kawan-kawan aqu time. Ada yang sama program. Ada jugak yang tak sama. Ni je sempat nak bergambar dalam DATC ni. At least dapatlah seketul dua gambar kan. Tp post lam entry satu jelah. Nati berat pulak aqu punya blog. fiushhh!!

   
My sedara mara yang datang daripada Kelantan, Subang Jaya & Kuala Lumpur. Semata-mata nak tengok aqu konvo, appreciate to them ! Love u all much more <3






and... congrates to 4th nof my cousins yang telah graduate & konvo pada tahun ini. Congrates also to my little cousin yang telah mendapat 5A dalam UPSR. Sekarang, tunggu keputusan exam adik-adikku dan sepupu-sepupuku PMR dan SPM. Hope bertambah lagi kejayaan keluarga Pak Do Mail (My atuk). Dari mulanya cucu sulong yang kini telah menjadi Timbalan Pengarah Hospital Kuala Terengganu, disusuri dengan Engineer, JPJ, pegawai tentera darat, askar, bakal arkitek , guru-guru dan sebagainya. Kini, kami pulak penyambung mereka untuk meneruskan kejayaan cucu pak do Mail :)


Ini gambar salah satu sepupu aqu yang telah graduate di Universiti Malay as a Mathematic's Student in degree. Dia pangkat kakak dari aqu. Lebih 2 tahun. Tahniah my dear =)

That's all for this entry. Thanx for reading =)




Friday, 8 November 2013

Bro, cinta siapa paling AGUNG?


Assalamualaikum and hye guys...

Sebagai seorang perempuan yang inginkan kasih sayang seorang lelaki memang kebanyakannya mengalami penderitaan, kesedihan dan kekecewaan. Yeah, right! Memang tak pernah larilah kalau dari segi air mata dan sakit hatinya. Bila bercinta tanpa ikatan yang sah tidak sah lau timbul kebahagiaan pada mulanya, kemudian gaduh-gaduh, lepas tu clash. Benda ni dah jadi macam adat istiadat dan budaya couple dah. bagi yang couple dah lama, then akhirnya sampai ke jinjang pelamin, alhamdulillah lah sebab itu memang jodoh korang kan. So, tahniah lah bagi yang dah jupe jodoh tu. Aqu ??? hahahhahaha.. Forget tentang aqu sebab aqu bukan nak cerita pasal percintaan aqu. Abaikan! zakkkkksssss...

90 peratus lelaki di dunia yang memulakan sesuatu hubungan dengan orang yang dia suka, sayang dan cinta. Setengah orang cakap, antara suka, sayang dan cinta adalah perkara yang berbeza. Suka adalah suatu yang seseorang mula minat dengan seseorang itu seperti kecantikannya, kemerduan suaranya, layanannya dan sebagainya. Sayang pula menyayangi seseorang dengan bermulanya sesuatu minat pada diri seseorang itu. Cinta bermaksud menyanyangi dan mencintai seseorang dengan sanggup melakukan pengorbanan demi yang tersayang. Tapi ramai yang berpendapatan sebegini. But I don't think so! Aqu punya pandangan lain sikit daripada ini. tapi aqu boleh terima pandangan ini kerana ada kemungkinan betul sebab manusia nie mempunyai jiwa yang kompleks dan tak semua yang begini.

Bagi aqu SUKA dan SAYANG adalah termasuk dalam CINTA. Bila seseorang mula sukakan sesuatu keunikan dalam diri seseorang itu, orang itu akan mula rasa bunga-bunga dalam jiwanya. Hatinya riang ria seakan kanak-kanak mendapat gula-gula yang dia suka. Bila dah mula rapat dan pandangan mata seakan ingin menatap wajahnya yang seronok mata memandang. Bukan nak kata cantik atau comel. Tapi kekadang seseorang itu tidak memandang pun wajah yang cantik, mereka memandang pada wajah yang seronok dipandang olehnya. Tak kiralah seseorang itu berkulit gelap, tapi orang tu suka melihat seseorang tu kerana tingkah lakunya yang mulia pun boleh jadi timbulnya suka itu. Pabila hati rasa tidak tahan, kian terbayang wajah seseorang itu di minda. Hati gundah gulana, selera makan berubah, rasa serba tidak kena pada diri, pemikiran selalu pending dan melayang ke tempat lain dan lain-lain lagi. Bibir mula mengucapkan 'I LOVE U' dan bila masing-masing terbalas timbul perasaan CINTA bagi kesua-dua insan. So sweet but for certain people je lah... hahaha

Walau apa pun, cinta Allah lagi indah untuk kita. Setiap saat, minit, dan jam Dia sentiasa melihat dan menjaga kita. Setiap 5 kali sehari kita berjumpa denganNya. Dia tidak pernah mengeluh dan tidak pernah menyampah bertemu dengan kita. Bila kita sedih, Dia ada untuk kita. Bila kita gembira Dia pun selalu ada untuk kita. Walhal, kita tidur, Dia melihat dan menjaga kita. Dia tidak pernah tidur pun. Kalau kita berdosa, Dia ampunkan dosa kita dengan taubat kita. Tapi, bila dengan pakwe/ makwe kita, kalau buat silap sikit, terus marah dan minta clash. Lepas tu tak tunjuk muka terus cari yang lain sebagai pengganti untuk hilang kesunyian. Bila kita rindu seseorang itu, kita try mesej, dia dah tak balas dah mesej kita sebab dia dah mula lupakan kita. Sebab itu, Cinta Allah lebih hebat. Dia ada untuk kita walau kita banyak melakukan dosa. Malah Dia membimbing kita menuju ke jalan yang benar. Sedangkan pakwe/ makwe yang kita sayang pun jarang sama sekali membawa kita ke arah kebenaran. 

Sebab itulah, jangan samakan Cinta Allah dengan cinta manusia. Cinta Allah tiada batasan. Cinta manusia banyak konflik dan penderitaan kerana tidak menetapkan diri kerana Allah. Terlalu berharap kepada cinta manusia yang tidak menetapkan diri kerana Allah seakan-akan menunggu Malaysia dituruni salji.  Senyumlah =) 


Sekian...Terima kasih kerana sudi baca =)


 




Monday, 4 November 2013

Terbitnya Tahun Baru. Awal Muharam Aqu Datang!


Assalamualaikum and hye guys...

Allahurabbi, pejam celik pejam celik, beberapa jam lagi sudah nak masuk bulan tahun baru Islam, iaitu Awal Muharram. Berakhirnya tahun 1434H pada hari ini mengundang rasa sebak dijiwa kerana sedar telah banyak menghabiskan sisa-sisa hidup yang tidak bermanfaat. Buka tahun baru 1435H, bermulanya niat, matlamat, dan ucapan yang baru untuk teruskan kehidupan ini. Alhamdulillah, lamanya aqu hidup di dunia ini dengan serba serbi kurniaan  dan dugaan Allah S.W.T. Terdetik dihati, selama hidup ini, apa yang aqu buat untuk Allah, ibu bapaku, adik-adikku, mahaguru-mahaguruku, sahabat-sahabatku, sedara sesama islam dan hamba-hamba Allah. Seolah berbicara tentang alpanya kita di dunia ini kan. Manusia mana yang tidak pernah silap. Dan kesilapan ini mengajar erti kebenaran dan petunjuk sebenar iaitu Allah S.W.T. Kita sering menyalahkan orang lain sedangkan kita tidak pernah melihat kesalahan diri kita. Astaghfirullah, mohon petunjuk dariMu agar kita semua sedar sebelum terpisah jasad dan roh yang kian makin hampir ini. 

Aqu teringat dengan kata-kata seseorang, orang itu mengajak aqu bersama-sama berniat memulakan kehidupan baru pada Awal Muharam 1434H. Sungguh teringat! Terima kasih yer kerana mengingati saya dahulu. Okei, don't want tacing tacing...hehehee

Dulu ustazah selalu cerita, Awal Muharam sebenarnya berasal dari pada perkataan "diharamkan" atau "dipantang" iaitu Allah melarang sesiapa berperang dan melakukan pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan ‘Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
salinpaste#http://zanas.wordpress.com

Jom mulakan tahun baru kita dengan azam yang baru. Niat betul-betul dan tetapkan diri kerana Allah S.W.T.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.




Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


 


Saturday, 5 October 2013

Tournament Chess KPT IPT-UM 2013


Assalamualaikum and hye guys...

Hari nie, aqu rajin sikit update 2 entry skali gus dalam hari yang sama. Time-time rajin mcm inilah nak menari-nari jari aqu nie. Kerja lecturer bagi satu pun tak sentuh lagi. Ahaks..biasalah, malas sekejap. Kejap lagi datanglah tu angin study..hehehehehe

Takde mende pun sangat. Just nak cerita pasal my first tournament chess di UiTm Shah Alam sebagai wakil untuk UiTM. Tournament Chess KPT IPT-UM 2013 bertempat di Universiti Malaya. Sebenarnya, aqu involve nie pun sekadar untuk aqu cari balik identiti aqu dalam game chess nie yang telah sekian lama aqu timggalkan. Siyes, aqu rasa mcm baru main jew. Memang aqu tak ingat cara permainan aqu dulu. Sampai begitu sekali kan. Setengah orang still ingat lagi cara permainan dorang walau dah bertahun tinggal. Tapi aqu tak, mmg xingt terus. sebab dulu aqu nekad yang aqu tak nak main chess lagi. Tapi, tak tahulah kenapa datang kembali hidayah nak main chess kembali. I need me back!


Ini hadiah RM 65 beserta sijil penyertaan yang telah aqu dapat. Tak menang pun. Dapat saguhati je. Nie pun sebab nasib je..hahahaha. Alhamdulillah, i take it as a my first experience yang baru nak involve balik..hehehehe

Ini peserta-peserta yang datang daripada berlainan universiti dan kolej beserta beberapa arbiter. Aqu respect lah dorang! walau dorang hebat, tapi dorang tak bangga diri pun. Semua sama je. I like it.
Before pulang ke kampus, sempat lagi shoot.hehe.. biasalah, baru merasai tournamnet bersama orang yang hebat-hebat untuk kali yang aqu baru nak involve. Dulu time dpt pegi MSSM chess pun ramai yang hebat. Tu cerita lama. Dulu lain, sekarang lain.

That's all this entry. Thanx for reading =)

Manusia hebat hasil daripada Formula Allah


Assalamualaikum and hye guys,

Mengapa aqu buka account blog baru? Klik di sini. Sebenarnya malas nak cerita banyak. So, korang bacalah di sini lau korang nak baca..hihi.. tak paksa pun.

Some of people dalam dunia ni ada yang hebat dan ada yang kurang hebat. Tiada yang tidak hebat sebenarnya. Okei, let me tell u all mengapa aqu cakap tiada manusia yang tidak hebat. Sebenarnya, manusia boleh mencari pelbagai cara untuk menjadi hebat. Cuma nak tak nak je. Kehebatan yang dianugerah oleh Allah S.W.T kepada manusia pun berbeza-beza. Ada yang hebat dari segi akademik, non akademik, perniagaan, praktikal dan sebagainya. Tapi ingat, matlamat kita untuk menjadi hebat juga perlulah bersyarat juga dengan mengikut hukum-hakam Islam. Bukan semua matlamat menghalalkan cara. So, check balik apa yang telah kita tetapkan untuk kejayaan kita. 

We are fighter dalam dunia ni. Manusia tanpa perjuangan memang sia-sia lah. Sebagai hamba Allah, kita harus berjuang untuk agama, bangsa, negara, keluarga, diri sendiri dan sahabat-sahabat. ada juga yang memandang perjuangan adalah suatu yang sia-sia kerana perjuangan mereka itu tidak terhasil. Maybe, perjuangan yang kita alirkan itu bukan yang halal ataupun masih belum mencapainya. allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Takkan Dia nak menyeksa kita, that's ujian yang perlu kita tempuhi.

Manusia nie ibarat bayi yang ingin bermain suatu objek yang tajam. tapi ibu tak bagi bermain dengan objek tersebut kerana sayang tidak mahu tangan bayi tersebut luka. So, Allah pun sayang hambaNya juga. Dia takkan bagi apa yang tak baik untuk hambaNya. Dia bagi yang terbaik dan high class punya untuk kita. Memang, sedih, duka, lara itu sangat menyeksa dek dijiwa kita. Tipulah aqu, kalau aqu cakap aqu tak pernah merasai perasaan mcm nie. Aqu pun manusia biasa. Bila kita mengikut formula yang Allah bagi pada kita :: Usaha+Tawakal+ Doa+ Redha = Hamba Allah, maka diri kita akan sentiasa menjadi kuat.

 Doa memohon kejayaan; petikan daripada pak cik google =)

Biar orang memerli kita, biar orang mengejek kita, biar orang memandang rendah pada kita. But, jangan biarkan orang sebegitu kepada kita. Biarkan dan biar adalah satu perkataan yang berbeza sebenarnya. Biarkan kita memberi ruang kepada orang lain. Biar adalah kita tidak menghiraukan apa yang orang cakap buruk pasal kita. Inilah yang aqu maksudkan dalam entry aqu ini. Belum tentu apa yang kita boleh buat, orang tersebut boleh buatkan. So, masing-masing mempunyai kehebatan masing-masing. Orang yang pandai memotong rumput sampai habis pun dikira hebat sebab belum tentu orang lain boleh potong rumput samapi habiskan. So, always chill and forget takut untuk mencuba. Cubalah dengan formula Allah, pasti kejayaan menanti diri anda =)

okeilah, sampai di sini saje. As salam =)
©Hak Milik Tercipta Rasafiura Chesskiller