Assalamualaikum and hye guys,
Mengapa aqu buka account blog baru? Klik di sini. Sebenarnya malas nak cerita banyak. So, korang bacalah di sini lau korang nak baca..hihi.. tak paksa pun.
Some of people dalam dunia ni ada yang hebat dan ada yang kurang hebat. Tiada yang tidak hebat sebenarnya. Okei, let me tell u all mengapa aqu cakap tiada manusia yang tidak hebat. Sebenarnya, manusia boleh mencari pelbagai cara untuk menjadi hebat. Cuma nak tak nak je. Kehebatan yang dianugerah oleh Allah S.W.T kepada manusia pun berbeza-beza. Ada yang hebat dari segi akademik, non akademik, perniagaan, praktikal dan sebagainya. Tapi ingat, matlamat kita untuk menjadi hebat juga perlulah bersyarat juga dengan mengikut hukum-hakam Islam. Bukan semua matlamat menghalalkan cara. So, check balik apa yang telah kita tetapkan untuk kejayaan kita.
We are fighter dalam dunia ni. Manusia tanpa perjuangan memang sia-sia lah. Sebagai hamba Allah, kita harus berjuang untuk agama, bangsa, negara, keluarga, diri sendiri dan sahabat-sahabat. ada juga yang memandang perjuangan adalah suatu yang sia-sia kerana perjuangan mereka itu tidak terhasil. Maybe, perjuangan yang kita alirkan itu bukan yang halal ataupun masih belum mencapainya. allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Takkan Dia nak menyeksa kita, that's ujian yang perlu kita tempuhi.
Manusia nie ibarat bayi yang ingin bermain suatu objek yang tajam. tapi ibu tak bagi bermain dengan objek tersebut kerana sayang tidak mahu tangan bayi tersebut luka. So, Allah pun sayang hambaNya juga. Dia takkan bagi apa yang tak baik untuk hambaNya. Dia bagi yang terbaik dan high class punya untuk kita. Memang, sedih, duka, lara itu sangat menyeksa dek dijiwa kita. Tipulah aqu, kalau aqu cakap aqu tak pernah merasai perasaan mcm nie. Aqu pun manusia biasa. Bila kita mengikut formula yang Allah bagi pada kita :: Usaha+Tawakal+ Doa+ Redha = Hamba Allah, maka diri kita akan sentiasa menjadi kuat.
Doa memohon kejayaan; petikan daripada pak cik google =)
Biar orang memerli kita, biar orang mengejek kita, biar orang memandang rendah pada kita. But, jangan biarkan orang sebegitu kepada kita. Biarkan dan biar adalah satu perkataan yang berbeza sebenarnya. Biarkan kita memberi ruang kepada orang lain. Biar adalah kita tidak menghiraukan apa yang orang cakap buruk pasal kita. Inilah yang aqu maksudkan dalam entry aqu ini. Belum tentu apa yang kita boleh buat, orang tersebut boleh buatkan. So, masing-masing mempunyai kehebatan masing-masing. Orang yang pandai memotong rumput sampai habis pun dikira hebat sebab belum tentu orang lain boleh potong rumput samapi habiskan. So, always chill and forget takut untuk mencuba. Cubalah dengan formula Allah, pasti kejayaan menanti diri anda =)
okeilah, sampai di sini saje. As salam =)
No comments:
Post a Comment